Tutorial 14 : Cara Buat Page
Assalamualaikum, hai Comel! Kiutis! Hohoho. Okay, Ini request dari adik Mimi yang comel belaka. Puas dia tanya macam mana nak buat page macam sis? Ala yang my sturf owner tu! Hohoho.. senang je dik oi! Tapi sis yang susah mahu terangkan! banyak step... Tapi sis cuba ajar adik comel ya!
1)Korang buat post dulu. Misal kata nak buat tutorial cara linkkan perkataan. Korang buat! Siapkan. Then korang ambilah link post yang korang buat tu!
2)Log in >DAshboard > New Page
3)Korang buatlah text, apa yang kau nak! Macam contohnya Tutorial linkkan perkataan ! Korang tulis. Pastu korang buat perkataan yang korang taip tu kepada link ? Paham? Bahasa Alien* PokodekoLah
4)Publish!
5)Dah Siap...
6)Kalau korang nak buat tab menu! korang just copy link page yang korang buat dalam URL lah.
Koranag CLIKCLOKCLEK ... Nanti sis ada aja disitu. Tak faham? Comment yo...
Tutorial 12 : Buat doodle menggunakan Paint
Assalamualaikum, Hello... U allls. Aku nak ajar korang buat doodle ni. Tak payah susah-susah nak pergi search kat google nak berdowload bagai. Korang boleh buat sendiri je Doodle ni.. Okay, Jom. Kali ni tiada request... Sebab aku baru je belajar Doodle Muslimah comel ni... Tapi aku ajar simple-simple je tau. Nanti kau orang belek-belek lah sendiri. Okay? Ngeti gak?
1)Open Paint.
2)Buat bulatan kecil dan besar macam dalam gambar
Assalamualaikum, Hello... U allls. Aku nak ajar korang buat doodle ni. Tak payah susah-susah nak pergi search kat google nak berdowload bagai. Korang boleh buat sendiri je Doodle ni.. Okay, Jom. Kali ni tiada request... Sebab aku baru je belajar Doodle Muslimah comel ni... Tapi aku ajar simple-simple je tau. Nanti kau orang belek-belek lah sendiri. Okay? Ngeti gak?
1)Open Paint.
2)Buat bulatan kecil dan besar macam dalam gambar
klik gambar kalau rabun,.......................
6)korang warnakan doodle korang. Ikut cara dalam photo ni..... Nanti jadi doodle korang.. Barulah comel.. Macam gambar kat bawah ni!!!!
PERHATIAN: Kalau lah korang punya doodle tu, terlebihke... terkurang ke.. korang nak padam, korang klik eraser okay? Cun?
Anda faham? Ada masalah apa-apa? Komen okay! jangan malu-malu,, jangan segan-segan... Nanti melepas pulakk...
6)korang warnakan doodle korang. Ikut cara dalam photo ni..... Nanti jadi doodle korang.. Barulah comel.. Macam gambar kat bawah ni!!!!
PERHATIAN: Kalau lah korang punya doodle tu, terlebihke... terkurang ke.. korang nak padam, korang klik eraser okay? Cun?
Tutorial 11 : Cara Letakkan Header
Assalamualaikum, ada yang send request. Bertanya bagaimana mahu letak header? Oh! Senang sahaja. Maybe. Dia belum mahir lagi. Aina tidak kedekut ilmu jadi jom belajar sama-sama.
Assalamualaikum, ada yang send request. Bertanya bagaimana mahu letak header? Oh! Senang sahaja. Maybe. Dia belum mahir lagi. Aina tidak kedekut ilmu jadi jom belajar sama-sama.
1)Log in > Dasboard> Layout
2)klik Edit macam dalam photo kat bawah ni
3) Ikut sahaja seperti dalam photo.....
-Choose a photo
-tick
-Save
3) Ikut sahaja seperti dalam photo.....
-Choose a photo
-tick
-Save
-Choose a photo
-tick
-Save
Tutorial 10 : Lebarkan Entri dan Side Bar
Assalamualaikum, hai-hai! Rindu musyuk- macam-macam. Hee, sory beb! Okay, aku telah terima request untuk buatkan tutor memperlebarkan sedikit entri macam aku.
ini adik comel tu Tomeynye
Step one :-
Log in > Design > customise
lihat gambar ni!
Step 3: Kau orang klik macam dalam ni.... Then korang adjustlah entri dan side bar kau orang mengikut kemahuan masing-masing. Mahu lebar manaa? ikut kamu lah. Hak kamu
Step 4 : Apply Blog :)
Alhamdulilah. Berjaya tak? Hahaha.. Senang je kan? Apa-apa pon tinggalkan link blog dan komen dibawah agar aku tahu yang kau masuk blog aku dan ikuti tutorial comel dari aku ni. Tata.... Masih sudi melawat blog aku.
Assalamualaikum, Hai! Ini dia novel yang
ditunggu-tunggukan oleh semua. Jom, baca. Buat krittikan paling teruk ya.
Prolog
Nama aku Nur Aina Mardhiah Binti Ahmad
Zainudin. Keluarga aku dan rakan karibku memanggil aku Mardhiah. Mardhiah, nama
yang cukup indah yang telah umi dan abi aku berikan. Tetapi, rakan-rakan
kelasku kerap benar memanggil aku dengan pangilan Aina. Pelik sungguh aku!
Mengapa mereka memanggil aku dengan panggilan Aina? Oh ya, perlu di ingatkan
nama aku tidak ada kena mengena dengan
Nur Qaliesya Aina, Aina Nadyieya dan bukan juga Ainan Tasneem. Aku juga
tidak ada kena mengena dengan penulis Aina Nabila.
Kisah aku seperti kisah kamu semua. Ada
suka. Ada duka. Ada cinta. Ada Benci. Ada sakit. Ada sihat. Ada keluarga dan
rakan yang sering membantu dalam apa jua
masalah yang kita alami. Tetapi, mungkin kisah yang bakal aku ceritakan tidak
sama dengan apa yang kamu semua alami.
Dalam perjalanan hidup, aku diduga
dengan pelbagai rintangan. Sahabatku Yan berpindah yang dari sekolah dan
keluar negeri. Sahabatku Jaslina pula telah meninggal dunia akibat barah otak.
Oh tidak! Aku pula mempunyai sahabat bernama Ziana. Ziana mula memusuhi aku
dalam diam-diam. Tidak berguna aku keluarkan seluruh isi aku kepada dia! Perlu
ke aku maafkan dia? Menyakiti hati aku ?
Aku mula menyimpan perasaan apabila
terdengar seorang pemuda mengalunkan ayat suci Al-Quran di astaka perhimpunan
di sekolah aku. Sejak bila entah, aku sudah pandai cemburu apabila dia
mendekati seorang perempuan!
Aku juga naik darah tahap maksimum
apabila melihat Ziana mula berkepit dengan jejaka itu. Setiap masa. Di kantin
pula, aku selalu melihat mereka berbual-bual bersama-sama. Oh No! Untuk
mengetahui kisah ini. Jom Baca Aku Mahu Dia.
BAB
1
Suasana hari itu riuh rendah dengan suara pelajar di perhimpunan. Hari itu adalah hari jumaat. Hari yang penuh dengan rahmat dari Allah. Hari jumaat juga adalah penghulu segala hari. Sungguh mulia hari jumaat! Hari kiamat juga berlaku pada hari jumaat. Cuma kita sebagai umat islam tidak tahu jumaat bila ia akan berlaku. Kita hanya buat persiapn memperbanyakkan amalan yang baik.
“Wei, Ziana! Mana Jaslina? Sudah dua
hari tidak hadir ke sekolah? Mengapa ya?” tanya aku kepada Ziana yang duduk di
sebelah aku ditapak perhimpunan. Kami satu kelas berkumpul dalam satu bulatan
sementara menunggu majlis bacaan yassin bermula seperti yang dilakukan setiap
hari jumaat yang lalu. Nur Jaslin Jaslina nama penuh Jaslina. Jaslina adalah rakan karibku sejak
di sekolah rendah. Dia seorang yang pendiam. Namun, sediam-diam Jaslina. Dia
seorang yang cukup pandai. Sering mendapat markah cemerlang di dalam kelas
kami. Apabila ditanya sahaja dia akan bersuara. Kadang-kadang isyarat kepala
dan tangan juga memainkan peranan kepadanya.
“Jaslina, tidak sihatlah. Dia sekarang
demam panas. Sering sakit kepala. Rambut juga sedikit botak. Sebab gugur. Sebab
itulah Jaslina tidak hadir. Mahu rehat dirumahnya. Aku mahu pergi melawat dia
semalam.” Ujar Ziana sayu.
“Hah? Kau biar betul? Ya Allah. Kesiannya Jaslina. Petang ni kita pergi ke
rumah dia? Nak tak korang?” aku bersimpati dengan Jaslina. Tidak sangka dia
sakit sshingga sebegitu.
Bagaimanalah agaknya keadaan Jaslina. Ya Allah!
“Boleh juga. Lagi pula hari ini tiada kelas.” Kata Syafinaz rakan sekelasku
merangkap penolong ketua tingkatan.
Kelihatan rakan-rakanku yang lain terangguk-angguk.
Menyatakan setuju dengan cadangan yang aku berikan untuk melawat Jaslina yang
sedang sakit dirumahnya.
Astaghfirullah Rabbal Barroya
Astaghfirullah Minal khotoya.
Rabbi zidni 'ilman naa fi'a
Wa wa fiqni 'amalam maqbula
Wa Wa habli rizqan waasi'a
Wa tub 'alaia taubatan nasuha
Kedengaran alunan zikir munajat
diastaka perhimpunan. Alunan itu sungguh merdu! Membuatkan ramai yang
terpinga-terpinga. Apabila terlihat jejaka yang sedang mengalunkan itu. Jejaka
itu seperti baru pertama kali berada disekolah aku.
“Wei, siapa leleki tu eh? Tak pernah
nampak pun kat sekolah ni.”tanya Yan kepada aku. Yan adalah sahabat aku yang
aktif dalam sukan. Dia seorang salah
seorang perempuan kategori 18 tahun terbaik peringkat kebangsaan. Sebut sahaja
Yan, satu sekolah mengenali Nur Syafa
Zafiyan atau di panggil Yan.
“Aku sendiri pun tak kenal pemuda yang
pengang mic tu. Aku rasalah aku baru nampak lelaki tu kat sekolah ni. Tak
pernah nampak pula sebelum ni dia kat sini.”Jawab aku. Mata aku terus memandang
jejaka itu. Terus aku tenung matanya. Mendalam dan terus mendalam sehingga
kehatinya.
Tiba-tiba, aku terasa seperti jantungku
mahu gugur dari tergantung dari tempat asalnya. Akibat dengupan yang terlalu
kuat. Dadaku aku sentuh perlahan. Aku mengusap-gusap supaya tenang.
Merdunya alunan yang dia alunkan. Wah,
handsome juga jejaka tu. Muka putih. Bersongkok. Pakai pula baju melayu warna
putih. Memang tampan! Mata dia juga Comel! Hatiku besuara mempuji lelaki itu.
Tenang sahaja aku melihat jejaka itu mengalunkan zikir munajat.
Aku turut terikut dia mengalunkan zikir
munajat memohon taubat dari Allah.
Sejujurnya, aku jatuh cinta padang pertama dengan jejaka yang sedang berdiri
itu diatas astaka itu. Aku suka dengan jejaka itu. Sudah handsome, bahkan
suaranya merdu pula. Ahak! Aku jatuh cinta buat pertama kali! Haha... kelakar
juga! Jatuh hati disekolah? Baru 17 tahun , sudah gedik mahu bercinta? Eh!
Lantaklah apa yang korang nak kata.
Aku cinta padanya. Aku sayang padamu. Nyanyiku di dalam hati. Riang sahaja! Aku
tersenyum sehingga ke telinga.
“Mardhiah,
kenapa kau asyik tersenyum dari kat perhimpunan tadi. Dah kenapa? Baju yang aku
koyak ke? Tudung aku senget ke? Ke bedak yang aku pakai ni capuk kat muka?”
tanya Ziana kepada aku takala kami berjalan beiringan untuk masuk kedalam
kelas.
“Tidak ada apalah. Senyum tukan satu
amalan yang mulia. Senyum itu sedekah. Senyum kita ni boleh juga buat orang berasa bahagia. Sebab nampak
kita ceria sahaja!” aku cuba bedalih. Sahaja aku mahu berahsia yang aku sudah
jatuh hati kepada jejaka itu.
“Apa-apa sahajalah. Dah-dah kita
singgah jumpa doktor Tan dulu eh? Baru masuk ke kelas. Aku sakit perutlah!”
ujar Ziana.
Aku hanya mengangguk tanda setuju. Aku
beiringi dengan Ziana untuk pergi berjumpa dengan doktor Tan. Suka benar pergi
jumpa doktor Tan pepagi ni. Doktor Tandas. Hehe... Kami memanggil tandas
sebagai Doktor Tan kerana tandas boleh mengubat sesiapa yang sakit perut.
Faham-faham sahajalah!
Aku dan
Ziana melangkah masuk kedalam5 Sarjana yang berada di Blok D tingkat 3. Aku
masuk dengan langkah teramat berat.
Makna taknya! Pepagi ini sahaja sudah subjek Biologi! Jurusan sains aku
pilih kerana aku meminati bidang sains dan matematik.
Aku terkedu tika terlihat lelaki yang mengalunkan
zikir munajat sudah berada di dalam kelas aku. Aku menundukkan kepalaku
memandang kelantai kelas aku. Malu! Malu memamndang wajahnya yang begitu
tampan.
Dia satu kelas dengan aku? Biar betul?
Ke aku bermimpi dipagi hari? Lantas aku penampar perlahan pipiku. Adush!
Sakitnya! Oh, ini bukan mimpi. Ini dunia realiti. Bukan dunia mimpi.
Aku terus berjalan untuk duduk ketempat
duduk aku. Kain biru laut aku betulkan sedikit agar mudah untuk berjalan. Aku
juga sempat membetulkan tudungku yang kelepet di hujung tudung.
“Assalamualaikum, hai!” tiba-tiba
lelaki itu bersuara.
Ya Allah aku terasa seperti mahu rebah
di lantai kelas aku ini. Merdu gila suara dia!
“waalaikumusalam, hai.”aku berhenti di
hadapan mejanya untuk menjawab. Aku memandangnya dengan ekor mata. Kemudian,
aku segera berjalan. Di ikuti, Ziana yang berdiri dibelakang aku.
Aku melabuhkankan punggungku dikerusiku. Aku memandangnya lelaki yang duduk
disebelah Hakim dibaris hadapan di depan papan putih. Hakim adalah ketua tingkatan
kelas aku. Ada apa-apa masalah tentang kelas 5 Sarjana. Kami akan memberitahu
Hakim.
Lelaki itu tersenyum. Apalah yang si
Hakim tu cerita! Sampai mamat tu tersenyum sampai ketelinga dia. Comel juga
bila dia senyum! Ahak! Gediknya aku...
Segera mata aku beralih apabila jejaka
itu memandang aku. Lelaki itu memberi senyuman kepada aku.
Aku tergoda!
Aku turut membalas senyuman lelaki
itu.Dikenyitkan pula mata kirinya. Aku? Pengsan...
Loceng
bedering menandakan waktu rehat tiba. Menengah rendag dan Menengah Atas di
asing rehat supaya tidak berebut dan bertolak-tolak ketika membeli makanan.
Kami diberi rehat 10 minit selepas loceng rehat menengah rendah tamat.
“Wei, Ziana! Siapa eh nama lelaki yang
duduk sebelah Hakim tu tadi? Dia kan yang alunkan zikir munajat dekat astaka
perhimpunan tadi?”Tanya aku kepada Ziana ketika kami bergerak untuk memboloskan
makanan kedalam perut dikantin sekolah.
“Kau nak nama penuh ke? Nama
pendek?”Tanya Ziana kepada aku.
Aku tercengang! Boleh pulak dia tahu
nama penuh buah hati aku tu. Padahal
tak ada pun sesi suai kenal lelaki tu dalam kelas. Pelik! Mungkin semua guru
yang mengajar aku tadi dah tahu kut. Mana taknya, tiba-tiba mamat tu ada kat
astaka perhimpunan. Conformlah, satu sekolah kecoh. Kut kisahlah! Murid-murid
dalam sekolah ni dengan mamat tu!
“kalau kau tau, dua-dualah.”jawabku.
Sahaja mahu melihat reaksi si minah sebelah aku ni.
“Nama penuh dia Muhammad Al-Rasyidin
bin Abdul Rahman. Nama panggilan Rasyidin. Tapi, adalah juga kawan-kawan
sekolah tahfiz panggil dia Rasyid.”Jawab Ziana beriya-iya.
Aku hampir tersungkur kerana tidak
perasan longkang dihadapan mata. Memang betul minah ni tahu semua fasal si buah
hati aku ni! Oh, bagus juga.Boleh aku korek dari minah ni. Agarnya, Ziana kenal
mamat ni masa kat tahfiz dulu kut! Eh, haha... Memandai je aku ni!
“Tahu je kau nama dia? Nama penuh pun
kau tahu? Mana kau tahu ni Ziana oi?”
“Kau ni, tulah! Aku ajak pergi tempat
Hakim kau tak nak! Kan dah tak tahu.”ujar Ziana. Suaranya ditinggikan sedikit.
Aku segera mengusap-gusap bahu Ziana.
“Bukannya, Aku tak mahu ikut! Homework
yang Puan Zunita bagi semalam tu aku tak siap. Sebab tu aku malas nak pergi.
Dahlah PuanZunita tu kuat membebel.”aku cuba memperdaya Ziana. Sebenarnya, Aku
malu nak berdepan dengan dia. Nak-nak muka dia yang terlalu handsome macam
Lee Min Ho. Haha... Rindu pula aku dekat
batal aku yang bergambar Lee Min Ho tu.
“Oh, tulah! Tinggalkan lagi homework.
Nak-nak subjek Puan Zunita tu. Haish, kau ni!”marah Ziana kepada aku.
Memang patut pun
dia marah aku! Ini kalau aku tidak tenguk Running Man semalam, sudah
tentu kerja sekolah aku semua beres. Ahaks! Oh, Mahu SPM leka lagi dengan
hiburan. Selamat umi dan abi tidur awal semalam. Kalau tidak, aku akan dibebelkan
sehingga ke pagi.
“Dia berzikir munajat pagi merdu jekan?
Nak-nak bila kau dengan dia bernasyid. Boleh buat ramai lah terpempan bila
dengar.”Puji Ziana tiba-tiba.
Aku terkedu. Dah macam mana pula si
Ziana ni tahu aja fasal si bakal buah hati aku tu. Ahaks! Hmm, buat aku jadi
ragu-ragu ni. Entah bila masa pula Ziana dengan mamat tu bernasyid? Akku rasa
dia berzikir aja tadi. Bukan bernasyid! Ke... Ziana dah tahu nak bezakan nasyid
dengan berzikir. Masya Allah. Apa pulak yang aku merepek meraban ni?! Eh,
fitnah orang macam-macam. Jahat betul Lidah ni. Terlajak perahu boleh diundur,
terlanjak kata? Alahai tak ada maknanya boleh berpatah balik. Dah lepas, lepas
jelah.
“Mana kau dengar si Rasyidin tu
bernasyid? Tadi aku dia berzikir lah! Bukan bernasyid”ujar aku hairan. Apa lah
yang Si Ziana ni merepek meraban tahap 10? Erm... Pelik binti Ajaib Bin Hairan.
“Eh, entahlah... kau nak makan apa? Mee
Sup ke laksa?”Ziana seperti mahu mengelak.
Aku perasan Ziana mahu selindung
sesuatu dari aku. Aku mula kecewa! Aku begitu malas mahu menjawab soalan Ziana
kerana bad mood sudah bermula. Namun,
disebabakan aku tidak mahu Ziana perasan keadaan aku yang tengah kecewa ni. Aku
membalas juga.
“Makan laksa sahajalah... Sudah lama
tidak makan, selalu mee sup aja yang aku makan. Hari ini aku nak ubah selera
menu di sekolah pula.”
Ziana mengganguk. Kami lantas berjalan
megnhampiri meja di bahagian kanan yang dipenuhi dengan pelbagai-bagai jenis
makanan. Antaranya, nasu goreng, mee
groreng, laksa dan mee sup. Aku hulurkan mee laksa yang aku capai kepada mak
cik kantin untuk mengisi kuah laksa. Seperti biasa, pelajar-pelajar yang akan
hulurkan kepada mak cik kantin.
“Nah, makcik!” wang not sau ringgit
bertukar tangan.
Aku bergerak ke bahagian tepi sementara
menunggu Ziana yang sedang nasi lemak. Agak ramai juga yang beli nasi lemak.
Beratur panjang juga yang mahu makan nasi lemak. Selalunya, ramai yang makan
makanan ringan aja. Tidak sampai tiga minit, Ziana sudah bediri memegang
sepiring nasi lemak yang di salutkan sedikit sambal di atas nasi.
“Dah... Jomlah cari tempat.”ujar Ziana.
Aku mengukir senyuman lalu mengangguk.
Aku berjalan disisi kanan Ziana sambil menantang laksa. Huh... Tak sabar nak
makan!
“Wei, Mardhiah! Petang ni aku tak dapatlah
nak join korang pergi rumah Jaslina. Aku ada hal pulak!”Ziana meminta izin
daripada aku.
“Ala...
kenapa? hal apa? Penting sangat ke hal tu?”tanya aku sedikit gelabah.
Uhuk! Selalunya, Ziana yang beriya-iya
mahu melawat kawan-kawan kelas aku yang sakit. Mahu demam sedikit! Tetapi hari
ini? Selalunya kalau ada apa-apa hal pun. Seboleh-boleh Ziana berusaha mahu
sertai juga! Walaupun ada hal begitu tersangat sangat sangat penting sangat.
Cakap pun dah berbelit!
“Kau nak pergi mana? Cubalah bagi tahu
aku ni...” tanya aku lagi apabila soalan pertama yang aku tujukan tidak
berjawab.Aku menggunakan kuasa pujuk rayu untuk memaksa si hati Ziana untuk
menjawab. Tetapi, tidak sampai melutut di kaki Ziana. Hanya sekadar pujuk rayu
di mulut comel aku ni!
“Aku nak jumpa someone petang karang!
Dia baru aja pindah kat sini. Jadi aku mahu bawak dia jalan-jalan sekitar
Kampung Bukit Selesa ni. Manalah tahu,
dia tersesat barat ke sepanjang duduk kat kampung kita ni.”
“Aik! Siapa pula yang baru pindah? Aku rasa
si Rasyidin tu aja. Takkanlah Ziana nak keluar dengan Rasyidin si budak Tahfiz
tu? Eh? Ke Ziana nak jumpa kawan lama
dia ?” Fikir ku yang bukan-bukan
“Eh, siapa yang pindah dekat sini wei?
Siapa? Kau tak cakap dengan aku pun? Ni yang aku nak marah ni.”ujar aku.
“Tiada siapalah.”
“Siapa? Lelaki ke perempuan? Kau ada
apa-apa dengan dia ke? Siapa wei?” Soalku tidak berpuas hati. Rajin sangat
Ziana mengomplot dengan rahsia. Haish! Susah sangat nak bagitahu. Banyak emas
ke dalam hati dia tu? Sampai nak berahsia bagai? Hah? Hah? Grrr...
“Lelaki. Kita orang kawan sahaja je
okay! Lagi pula dia sebaya dengan kita.”
Hah?! Sebaya? Rasyidin ke? Tak kanlah?
Tak.... Tak... Tak mungkin. Tak mungkin. Aku mula sebak. Mahu sahaja menanggis
disini. Tetapi aku bukanlah budak 3 tahun.
“Haish, kau jangan fikir bukan-bukan
boleh? Kelas sebelah punya sebelah menyebelah kau tu manalah tahu ada pelajar
baru yang masuk. Tak pun orang lain yang jejak dalam sekolah ni. Jangan aku
fikir Si Rasyidin tu aja. Tak ada kena mengena dengan budak tu. Yela, dia kan
dari tahfiz ilmu agama tinggi. Tak kanlah mahu keluar dengan seorang perempuan?
Mestilah ada dua, tiga orang perempuan kan?”namun, pantas sahaja seseorang di
dalam hati aku menjawab.
Betul-betul! Haish gelabah sangat aku
ni.
“Mak...”jeritku.
Tanpa aku sedar akibat berangan, aku
terlanggar seorang lelaki yang terciarap. Manakala seorang lelaki terbaring diatas
lantai. Tanpa tidak sengeja. Laksa yang
aku pegang tadi tertelangkup diatas songkok seorang lelaki disitu.
“Haa... Panas... Panas...”Lelaki itu
meronta kesakitan. Mana taknya, laksa ni masih panas.
Rasyidin?! Aku terpempan. Aku segara
berdiri dan membetulkan bajuku dan tudungku yang kelemut.
“Maafkan saya... Maafkan saya Rasyidin.
Maaf. Maaf. Saya tak sengaja.”Ujarku sedikit gelabah. Tanganku pantas mengambil
semua mee laksa yang melekat dia atas songkok lelaki itu.
“Wei, kau tau tak kau dan aku ni
anajabi? Kau pegang-pegang ni dah kenapa? Dah tak tau batas-batas antara lelaki
dan perempuan hah?”Marah lelaki itu tiba-tiba.
Aku mencebik! Eh, poyo gila dia ni... Aku bukan sentuh tangan dia pun. Songkok
je pun.
“Eh, nampak sahaja seperti orang yang sopan
santun, berbudi bahasa dan tidak kasar bahasa. Tetapi, awak ni memang tak reti
nak jaga adab apabila cakap dengan orang”ujarku sedikit geram. Hilang rasa
cinta terhadap dia sebentar.
“Orang mahu tolong bersihkan! Dia kata
aku nak sentuh dia.” Bisik kemas hatiku
“Eh, cik Adik Manis! Jangan pandang
orang sebelah matalah. Habis songkok aku
makan laksa kau! Isk.”Kata Rasyidin sedikit bengis. Mukanya serius sahaja
membuka songkoknya. Dia membersihkan songkoknya yang kian kotor dengan laksa.
“Ops! Bro. Agak-agaklah kau nak marah dia
pun. Dah salah kau kan? Nak betulkan tali kasut pun tengah-tengah jalan ni.
Duduk tepi-tepilah. Aku dah terlanggar kau tadi. Selamat aku tak bawak sos
hitam tadi. Kalau tak muka kau pula yang pedih!”ujar lelaki yang terbaring
tadi. Dia mempertahankanku. Sempat juga dia senyum kepada aku. Aku terasa mahu
muntah ketika itu.
“Eh, kau tu mata letak kat mana? Sudah
nampak aku betulkan tali kasut. Cuba kau elak. Kau jangan nak mempertahankan
minah nilah. Kau dengan dia ada apa-apa ke?”
“Aah, memang aku ada apa-apa dengan
dia. Apa masalah kau?”ujar lelaki itu.
“Bila masa pula aku ada apa-apa dengan
dia? Eh, memandai aja.”Aku terkedu. Bisikku di dalam hati kecilku.
“Kau putus ajalah dengan perempuan tu!”ujar
Rasyidin.
“Eh, dahlah! Tak payah nak bising-bising.
Tak payah nak gaduh-gaduh. Kalau saya silap dan saya tak nampak awak dan laksa
tu jatuh atas kepala awak saya mintak maaf.”ujarku. Aku cuba meleraikan
pergaduhan diantara mereka.
“Perlu ke aku maafkan kau? Cuba lah
mintak maaf tu betul-betul bukan menjerit. Telinga aku ni bukan pekak pun.”ujar
Rasyidin sedikit menyidirku.
“Kau ni! Kira untunglah dia nak minta
maaf kat kau. Padahal ni salah kau. Bukannya dia.”Lelaki yang mempertahankan aku
tadi menyampuk.
“Ampun Tuanku, patik bermohon maaf atas
apa yang berlaku sekarang jika patik yang salah. Patik mohon ampun seribu ampun
dari hujung rambut hingga hujung jari kaki ya Tuanku. Maaf...”Ujarku. Geram
pula! Bahasa Istana yang aku gunakan untuk Rasyidin. Mana taknya, aku mintak
maaf tadi kata aku tak ikhlas pulak. Bila aku berpatik-patik, bertuan-tuan
agaknya baru dia ni nak terima.
“Kau tak payah nak berpatik-patik. Tak
ingin aku kau jadi rakyat aku kalau aku jadi raja.”Rasyidin membebel kepadaku.
Aku hanya diam. Nak kata apa lagi?
Susah pulak nak cakap dengan dia ni! Hm...
“Dan, tak perlu kut kau nak back up dia...”Marah pula Rasyidin
kepada lelaki yang bediri disisi aku.
“Awak, sudahlah tu. Malulah orang
tenguk kat kantin ni. Tak nampak ke ramai orang memandang kita duduk berceratuk
kat sini.”Ujar Ziana kepada Rasyidin. Mungkin Ziana sudah Fed up memegang nasi
lemak ditangan.
“Hmm... Yela”Rasyidin mengalah. Lantas di beredar dari kantin itu.
“Bila Ziana bersuara mahu pula dia
mengalah, dengar cakap ada budi bahasa. Bila dengan aku?”Bisik hati aku. Aku
menghembus nafas.
“Hai, awak! Saya Zamir. Awak pula?”kata
lelaki yang asyik mempertahankan aku/.
“Hai, Mardhiah!”jawabku ringkas.
“Oh, sedaplah nama awak. Macam orangnnya
juga. Comel!”Zamir memuji aku.
“Oh okay. Terima kasih”jawabku
“Awak, petang ni free tak? Jom ronda
kampung kita ni nak tak? Mahu tak sayang?”Zamir mengeluarkan suara lembut,
manis bercampur madu pada perkataan sayang.
Hah? Sayang? Dasar mamat gila!
“Sorry, I am busy. Bye...”ujarku.
Aku segera mengangkat kaki dari situ. Makin dilayan, makin mengada-gada pula
mamat gila ni nanti. Aku menghampiri Ziana yang menjamu nasi lemaknya. Aku
memandang sayu kepada Ziana.
“Kau tak beli ke? Nak tak nasi lemak
ni?”Offer Ziana kepada aku.
“Duit hari ini aku bawak seringgit je.
Tak apalah. Aku sudah kenyang makan bebelan Rasyidin tadi. Sengal gila dia tu.
Minta maaf baik-baik dia marah-marah pulak.”runggutku.
“Haha... Kau pergi layan buat apa. Kau
bla je awal-awal tadi. Tak ada pun jadi macam ni. Mamat lagi seorang tu nak apa
pulak dari kau? Monyok aja muka kau lepas cakap dengan dia? Dah kenapa?”
“Haa... Mamat gila tu. Ajak aku dating
dengan dia petang ni. Tak kuasa aku. Petang ni kan nak pergi rumah Jaslina. Aku
malas nak layan bersayang-sayang aku bla jelah. Makin berlebih-lebih. Rimas. Naik
lemas aku. Dah lah wei. Aku naik kelas dulu. Bye...”ujarku.
Ziana hanya mengganguk.
Aku bediri dari kerusi panjang di
kantin itu dan lansung bergerak ke kelas. Aku melangkah pantas untuk naik
kekelas.
. BERSAMBUNG .
Subscribe to:
Posts (Atom)